Shrek 3

Shrek 3 Trailer

Dari Berita Harian

KETENANGAN hidup Shrek (Mike Myers) dan Fiona (Cameron Diaz) di paya terganggu lagi. Ayah mentuanya, King of Far Far Away (John Cleese) pula sedang sakit tenat. Hidup Shrek tambah tertekan apabila secara automatik dia adalah waris paling layak untuk memerintah Kerajaan Far Far Away. Itu belum lagi berita Fiona disahkan mengandung! Ini bermakna Shrek juga bakal bergelar seorang ayah.

Demikian huru-haranya hidup Shrek dalam episod kali ini. Begitupun, Shrek punya pilihan. Sekiranya dia enggan menaiki takhta, satu-satunya sepupu Fiona, Arthur atau Artie (Justin Timberlake) yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh boleh menggantikannya. Apa yang perlu dilakukan Shrek bersama teman setianya, Donkey (Eddie Murphy) dan Puss In Boots (Antonio Banderas) adalah untuk mencari, membawa pulang dan meyakinkan Artie mengenai rancangan itu.

Sementara itu, sewaktu ketiadaan Shrek, Prince Charming (Rupert Everette) mula menjalankan rancangan jahatnya untuk merampas takhta dengan bantuan pelbagai karakter jahat dalam cerita dongeng.

Shrek boleh kita umpamakan sebagai insan biasa yang melalui pelbagai lapis peringkat dalam hidup. Kerana kekurangan diri dari segi fizikal, rupa paras dan kasta, dia terpaksa berperang dengan dirinya sendiri.

Dalam filem pertama, dia berasa tidak layak untuk jatuh cinta. Menerusi filem kedua, dia menganggap pula dirinya tidak layak menjadi seorang suami dan kali ini, dia takut untuk menjadi seorang raja dan ayah!

Jika diteliti dari mula, filem francais ini punya jalan cerita dan mesej yang cukup baik iaitu bagaimana manusia perlu yakin pada diri sendiri atau dengan erti lain punya jati diri yang kental. Pedulikanlah apa orang hendak kata.

Tambah mengagumkan, filem ini buah tangan pertama pengarah Chris Miller, orang kuat di belakang pembikinan filem animasi Antz dulu. Untuk Shrek 3, Chris turut meminjamkan suara bagi cermin sakti.

Keupayaan Chris terbukti apabila setiap karakter kali ini dipertemukan kembali. Donkey, Puss In Boots, Prince Charming, The Queen of Far Far Away, The King of Far Far Away turut sebati dengan karakter baru seperti Artie.

Pesan penulis, jangan terlepas babak Pinnochio di soal siasat Prince Charming mengenai lokasi persembunyian Fiona serta rakan-rakannya. Memang kelakar gila! Paling berkesan semestinya suara meninggi diri Rupert yang berjaya membuat kita benci kepadanya. Dalam pada itu, jangan terkejut kerana Donkey pun sudah beranak pinak.

Mike, Eddie, Cameron dan Antonio rasanya tidak perlu bekerja keras kerana watak mereka sudah sedia dinamik. Kerja mereka dalam Shrek 3 hanya perlu mengekalkan mutu sedia ada serta mood lakonan suara dengan baik.

Pengalaman dari segi visual tidak payahlah dikritik. Ia memang puas hati. Teknologi animasi dalam filem ini semakin maju dan berjaya menghasilkan gerakan karakter yang lebih gemalai, hidup dan mempesonakan.

Pilihan lagu untuk filem ini juga turut menyenangkan telinga. Antaranya, Wings, Live And Let Die dan Do You Remember Rock `n’ Roll Radio oleh The Ramones, Immigrant Song (Led Zeppelin), Barracuda (Fergie), Joker and the Thief (Wolfmother), Cats in the Cradle (Harry Chapin) dan Loosing Streak (Eels). Selamat terhibur!

Shrek 3

  • PENGARAH: Chris Miller
  • SUARA LATAR: Mike Myers, Eddie Murphy, Cameron Diaz, Antonio Banderas, Rupert Everett, Justin Timberlake, Julie Andrews, John Cleese, Eric Idle, Cheri Oteri, Amy Poehler, Maya Rudolph
  • GENRE: Animasi & komedi
  • TAYANGAN UMUM: Mulai 31 Mei 2007
  • Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s